
Kes Zulfarhan kini mendapat perhatian media dan ramai pihak .Terbaru , tertuduh seramai 5 orang telah didakwa membunuh dengan sengaja ke atas mangsa . Kini mereka berhadapan dengan tuduhan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Namun setelah dilakukan siasatan , rupanya yang membunuh arwah bukanlah musuh tetapi rakan baiknya sendiri . Zuhairi ada memberi komen di gambar laman insta arwah zulfarhan bahawa zulfarhan adalah idolanya .Mereka juga dikatakan rapat dan sering melakukan aktivit yang disediakan pihak universiti bersama-sama.
Namun bagaimanalah hanya kerana sebuah laptop yang belum tentu sah diambil arwah diperlakukan sebegitu. Jika betul pun , mungkin ada cara penyelesaianya.
Menurut laporan , kes belu tersebut berlaku sekitar 22 Mei lalu , dan tweet hairi diupdate sekitar 31 Mei . Ia adalah 2 hari sebelum arwah pergi dengan kesakitan akibat perbuatan mereka.


Selain itu , akaun zuhairi yang tidak set up privasi juga dimaklumkan telah melakukan carian berkaitan menyembuhkan kesan lecur dan terbakar pada kulit . Netizen beranggapan Zuhairi mencari jalan penyelesaian untuk mengubati Arwah Zulfarhan dari membawanya ke hospital.
Ketika ini Zuhairi membawa Zulfarhan ke sebuah apartment bagi menyembunyikan kejadian yang berlaku terhadap arwah.
Apapun , kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah , semoga nasib arwah zulhairi terbela dan perkara ini harus dijadikan pengajaran.

